Cari @ Amanz

Cip Qualcomm Snapdragon 782G telah diumumkan malam tadi untuk peranti kelas pertengahan. Ia adalah cip Snapdragon 778G yang dilewah jam pada CPU serta GPU. Ini memberikan peningkatan prestasi CPU sehingga 5% dan peningkatan GPU pula sehingga 10%.

Oleh itu ia masih lagi dihasilkan menggunakan teknologi 6nm. Kombinasi CPU ialah 1x Cortex-A78 2.7 GHz, 3x Cortex-A78 2.7GHz dan 4x Cortex-A55 1.9GHz yang dipadankan pula dengan GPU Adreno 642L. Cip ISP pula menyokong kamera sehingga 200MP dan mengambil gambar dalam mod 14-bit.

Sementara itu cip turut dilengkapi moden Snapdragon X53 membolehkan ia menyokong rangkaian 5G Sub-6GHz dan mmWave. Sementara itu cip FastConnect 6700 pula menawarkan tambatan kepada rangkaian WiFi6 serta bluetooth 5.2. Peranti pertama yang akan menggunakan cip ini besar kemungkinan ialah Honor 80 yang akan dilancarkan hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd