Vivo X90 Dan X90 Pro Turut Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 9200 Dan Kamera 50MP

Diterbitkan pada Nov 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain Vivo X90 Pro+ yang menjadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 2, Vivo X90 dan X90 Pro juga telah diumumkan. Berbeza dengan peranti paling premium ini, X90 dan X90 Pro menggunakan cip Dimensity 9200.

Dari segi spesifikasi Vivo X90 hadir dengan skrin 6.78″ AMOLED QHD+ 120Hz, dijana cip Dimensity 9200, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB, dan bateri 4810 mAh yang menyokong pengecasan berwayar pantas 120W. Walau bagaimanapun tiada sokongan pengecasan nirwayar.

Kamera utama 50MP Sony IMX866 sudut lebar OIS, 12MP ultra sudut lebar dan 12MP telefoto yang menyokong zum optikal 2x. Kamera hadapan pula adalah sebesar 32MP. Lensa Zeiss digunakan pada kamera utama. Turut disertakan ialah cip ISP Vivo V2 dengan tubuh peranti pula melepasi piawaian IP64. Storan pada peranti ini juga adalah dari jenis UFS 4.0 yang lebih pantas.

Seterusnya Vivo X90 Pro hadir dengan skrin 6.78″ AMOLED QHD+ 120Hz, dijana cip Dimensity 9200, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB, dan bateri 4870 mAh yang menyokong pengecasan berwayar pantas 120W serta pengecasan nirwayar 50W.

Kamera utama 50MP Sony IMX989 1″ sudut lebar OIS, 12MP ultra sudut lebar dan 50MP telefoto yang menyokong zum optikal 2x. Ketiga-tiga kamera utama ini menggunakan lensa Zeiss. Kamera hadapan pula adalah sebesar 32MP. Turut disertakan ialah cip ISP Vivo V2 dengan tubuh peranti pula melepasi piawaian IP68. Storan pada peranti ini juga adalah dari jenis UFS 4.0 yang lebih pantas.

Kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi OriginOS 3 yang berasaskan Android 13.

Harga jualan pula adalah seperti di bawah.

  • Vivo X90 (8/128GB) – RMB 3699 (~RM2374)
  • Vivo X90 (12/512GB) – RMB 4999 (~RM3208)
  • Vivo X90 Pro (8/256GB) – RMB 4999 (~RM3208)
  • Vivo X90 Pro (12/512GB) – RMB 5999 (~RM3890)

komen


© Amanz / 2022 Kami