Carian
HP
HP Ingin Membuang Sehingga 6000 Pekerja Dalam Masa Tiga Tahun
November 23, 2022 Effi Saharudin

Trend mengurangkan tenaga kerja dalam sektor teknologi mula dilihat sejak tiga bulan kebelakangan ini dan kini ia tiba pula ke HP. HP ingin mengurangkan antara 4000-6000 pekerja dalam masa tiga tahun sebagai langkah mengurangkan kos operasi syarikat.

Menerusi pelan pengurangan tenaga kerja ini, sehingga 10% tenaga kerja akan dibuang dengan ia akan memberikan penjimatan kos sehingga $1.4 bilion setahun. Pengurangan ini akan menjejaskan tenaga kerja di peringkat global. Ia terpaksa dilakukan kerana permintaan untuk komputer pada sektor komersil dan pengguna telah menyusut pasca pandemik.

Twitter, Amazon, dan Meta adalah antara syarikat yang telah membuang puluhan ribu pekerja juga atas sebab cabaran ekonomi pasca pandemik. Di rantau Asia Tenggara pula SEA, syarikat induk Shopee turut membuang pekerja kerana syarikat mengalami kerugian ratusan juta.

Komen