Cari @ Amanz

Jarang sekali wujud peranti yang menggunakan nama dari Malaysia tetapi pagi ini rekaan Motorola Penang telahpun tertiris ke arena web menerusi laman Gadget Gang. Motorola Penang ialah peranti mampu Android yang pada waktu ini akan dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja.

Dari segi spesifikasi masih banyak belum diketahui. Tetapi dapat dilihat penggunaan dwi-kamera sahaja di belakang dan bezel skrin yang agak tebal berbanding peranti mercu. Spesifikasi RAM pula adalah 4GB dengan storan pula adalah 64 dan 128GB. Berdasarkan imej di atas jelas ia sebuah peranti mampu milik dengan tubuh yang nampaknya diperbuat daripada plastik.

Tidak diketahui bilakah Motorola Penang akan dilancarkan secara rasmi dan apakah nam yang akan digunakan apabila ia dipasarkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd