U Mobile Menawarkan Akses 5G Tanpa Had Kelajuan Pada Sabtu Dan Ahad Untuk Pengguna Prabayar
November 23, 2022
Telekomunikasi
Aman
U Mobile hari ini mengumumkan penawaran akses 5G tanpa had kelajuan pada penghujung minggu – iaitu Sabtu dan Ahad, kepada pengguna prabayar. Dua pelan yang disokong dibawah penawaran ini adalah U Mobile Prepaid U35 dan juga U Mobile Prepaid U40.

Dengan penawaran ini, pengguna kedua-dua pelan tersebut boleh menikmati akses 5G atau 4G tanpa had kelajuan. Untuk makluman, kedua-dua pelan ini sedia menawarkan akses data tanpa had – tetapi dihadkan kepada kelajuan 6Mbps pada hari biasa.
Apa pun, sebelum dapat menikmati akses tanpa had kelajuan ini, pengguna perlu menebus pas khusus untuknya melalui aplikasi MyUMobile.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.