Secretlab Memperkenalkan Kerusi Gaming Bertemakan Pihak Antagonis Star Wars

Diterbitkan pada Nov 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Secretlab ialah jenama perabot gaming dari Singapura yang cukup terkenal sekali untuk penawaran kerusi gaming mereka, dimana mereka juga bekerjasama dengan pelbagai media pop kultur dengan tema uniknya sendiri.

Terkini, jenama tersebut telah memperlihatkan kolaborasi terbaru bersama siri filem popular Star Wars, dimana mereka memperkenalkan dua tema kerusi berdasarkan pihak antagonis filem tersebut. Ia adalah Secretlab TITAN EVO 2022 Empire Edition dan Stormtrooper Edition yang dibangunkan berdasarkan kerusi gaming terbaru Secretlab TITAN EVO 2022 mereka.

TITAN EVO 2022 Empire Edition hadir dengan rekaan berwarna hitam dengan corak berwarna merah, manakala TITAN EVO 2022 Stormtrooper Edition pula memperlihatkan kerusi berwarna putih dengan corak berwarna hitam, menandakan perbezaan diantara ketua Sith dan juga askar Stormtrooper yang mempunyai motif yang berbeza.

Kerusi-kerusi gaming ini menggunakan kulit tiruan dan hadir dengan rekaan minimalis. Kedua-dua kerusi ini juga direka dengan ilham kostum Darth Vader dan Stormtroopers dan hadir dengan lekuk-lekuk yang dapat diperlihatkan pada pakaian watak-watak tersebut.

Sama seperti kerusi Secretlab TITAN EVO 2022 mereka, kerusi gaming ini hadir dengan tiga saiz berbeza mengikut ketinggian dan saiz badan pengguna.

Kerusi gaming Secretlab TITAN EVO 2022 Empire Edition dan Stormtrooper Edition ini sudahpun mula dijual di pasaran Amerika Syarikat dan Kanada, dengan Secretlab mengatakan bahawa ia akan ditawarkan di lebih banyak lokasi tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami