Shazam Untuk Android Kini Menawarkan Widget Yang Boleh Terus Mengecam Lagu

Diterbitkan pada Nov 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shazam adalah aplikasi pengecaman muzik di bawah Apple yang ditawarkan bukan sahaja untuk iOS tetapi turut untuk pengguna Android. Muzik yang dikenalpasti kemudiannya boleh terus diakses melalui Spotify atau Apple Music.

Dalam kemaskini baharu untuk pengguna Android, Shazam memperkenalkan widget baharu yang boleh terus mengecam lagu yang dimainkan daripada skrin utama peranti. Widget sebelum ini adalah membuka aplikasi apabila ditekan.

Widget Tap to Shazam ini akan mendengar lagu yang sedang bermain di keliling pengguna sama ada melalui radio di dalam kereta, muzik di restoran atau mana-mana dan akan memberi butiran judul, nama penyanyi dan album selepas berjaya terus pada widget. Notifikasi turut akan diberikan untuk pengguna kongsi lagu yang dikenalpasti tadi.

Saiz widget yang ditawarkan adalah sebesar 5 x 1 atau sekecil 1 x 1 untuk peranti Android 12. Widget ini turut menyokong ciri Dynamic Color yang berubah warna mengikut gambar latar belakang atau tema warna yang ditetapkan pengguna.

Mereka yang berminat boleh muat turun atau kemaskini Shazam ke versi 13.7 melalui Google Play Store.

komen


© Amanz / 2022 Kami