Cari @ Amanz

GrabFood kini berkongsi sejumlah statistik menarik pada platform mereka, sekaligus memperlihatkan ayam goreng kekal menjadi makanan kegemaran melalui platform tersebut untuk dua tahun berturut-turut.

Mengikut statistik kasar, sebanyak 20 tempahan melibatkan ayam goreng dilakukan melalui GrabFood pada setiap minit sepanjang 2022 ini.

Disamping itu, makanan kedua yang popular pada platform GrabFood adalah nasi goreng – memperlihatkan peningkatan mendadak sehingga 2.5 kali ganda berbanding 2021 lepas.

Burger menduduki tangga ketiga, dan diikuti roti canai pada kedudukan ke-5.

Makanan lain yang turut popular adalah teh mutiara, bubur, nasi ayam, teh, dan juga sandwich.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd