Carian
Honor MagicOS 7 Berasaskan Android 13 Diumumkan – Latar Masa Kemaskini Turut Dikongsi
November 23, 2022 Amy Maizuraa

Pelancar baharu Honor MagicOS 7 telah diumumkan secara rasminya di China. Dibina berasaskan Android 13, tumpuan kali ini adalah terhadap peningkatan pengalaman penggunaan dengan ketersambungan serta perkhidmatan lebih pintar, di samping prestasi lebih lancar dan sekuriti yang dinaiktaraf. Antaramuka juga kelihatan lebih ringkas dengan penampilan ikon yang sederhana.

Animasi dan sokongan fon turut dikemaskini untuk digunakan di seluruh antaramuka. Kemudian, folder juga lebih besar yang membolehkannya lebih mudah untuk akses, di samping sokongan widget baharu boleh dikostumasi menjadikannya lebih menarik. Berikut adalah ciri dan fungsi yang diketengahkan oleh Honor pada pelancar baharu ini:

1) MagicRing – Ia membolehkan perkongsian perkhidmatan seluruh sistem dan peranti. Tidak seperti sokongan sambungan manual, ciri baharu ini membolehkan sambungan berbilang peranti dengan akaun yang sama dihubungkan secara automatik dengan penggunaan kuasa yang rendah.

Ini bermaksud, pengguna boleh menggunakan set papan kekunci dan tetikus yang sama untuk berbilang peranti bagi melakukan pelbagai kerja, misalnya seperti menjawab panggilan dan pemberitahuan selain daripada telefon pintar. Bukan itu sahaja, kerja pemindahan pelbagai data juga boleh dilakukan dengan pantas melaluinya.

2) Magic Live Engine & Magic Text – Ciri yang membolehkan pengguna menyelesaikan tugas harian dengan cekap. Di mana, ia menawarkan cadangan pintar untuk pelbagai tetapan dengan kemahiran belajar pantas. Turut disertakan adalah Magic Text dengan kebolehan mengenali pada gambar dengan tepat dan menukarnya kepada fail. Pengguna hanya perlu mengimbas teks tersebu dengan kamera dan menyimpannya sebagai fail FDF di dalam peranti.

3) HonorOS Turbo X – HonorOS Turbo X dibentuk hasil gabungan pelbagai sistem enjin, ini termasuklah HonorOS Turbo X, Honor GPU Turbo X dan Honor Link Turbo X. Ia bertujuan bagi mengoptimumkan prestasi komputer untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Ia memanfaatkan teknologi AI sepenuhnya untuk meningkatkan kelajuan prestasi untuk pengalaman yang lancar. HonorOS Turbo juga dikatakan mampu memberi pengalaman permainan yang lebih baik pada kadar bingkai tinggi tetapi mampu mengurangkan penggunaann kuasa.

4) MagicGuard – Ciri keselamatan yang dipertingkatkan untuk pelindungan lebih baik. Ia terdiri dengan tiga lapisan keselamatan dalam cip pemproses, sistem operasi dan aplikasi. Turut disertakan adalah sokongan Dual TEE Security System yang dibangunkan dengan kerjasama Qualcomm, di mana ia menawarkan pengalaman privasi dan keselamana yang dipertingkatkan. Terdapat juga pelindungan tambahan yang menbolehkan pengguna membuat pemindahan wang peribadi sehingga 5 juta yuan tanpa bimbang.

Latar masa kemaskini turut telah dikongsi dan senarai penuh adalah seperti di bawah:

Komen