Peranti di bawah siri Vivo Y terdiri dengan pelbagai variasi model dan kebanyakan daripadanya memberi fokus terhadap ciri dan fungsi yang mampu memenuhi keperluan umum. Kini Vivo Malaysia berkongsi perancangan untuk mengemaskini siri berkenaan dengan penawaran baharu.
Melaluinya, Vivo Y22s akan diperkenalkan tetapi tarikh pelancaran rasmi masih belum diketahui setakat ini. Dalam masa sama, tiada sebarang maklumat mengenai perkakasan dalaman yang dikongsikan. Bagaimanapun peranti ini terlebih dahulu telah diumumkan di beberapa pasaran luar pada Ogos yang lalu.
Sekiranya, variasi yang sama dibawa masuk ke Malaysia kelak. Peranti ini sudah semestinya dilengkapi skrin LCD HD+ sebesar 6.55-inci, cip Snapdragon 680, kamera utama 50MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 5000mAh. Seperti biasa, kemaskini lebih lanjut akan kami kongsikan dalam artikel yang akan datang.