Samsung Galaxy A23 5G Dengan Pelindungan IP68 Diperkenalkan Di Jepun

Diterbitkan pada Nov 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy A23 5G merupakan sebuah peranti yang dilengkaoi dengan spesifikasi berkelas asas. Dalam perkembangan terkini, ia telah mula ditawarkan di Jepun dengan beberapa hal yang berlainan dengan variasi pasaran global.

Ini termasuklah pelindungan kalis air IP68, di samping skrin lebih kecil bersaiz 5.8-inci TFT LCD beresolusi HD+. Bukan itu sahaja, perubahan lain turut boleh dilihat pada sokongan kamera utama tunggal 50MP di belakang. Cip pemprosesan masih sama iaitu Dimenstiy 700 dengan padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.

Tidak ketinggalan, peranti turut dibekalkan bateri 4000mAh dengan pengecasan 15W, di samping menjalankan OneUI 4.1 yang dibina berasaskan Android 12. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, NFC dan bicu audio 3.5mm.

Harga jualan Samsung Galaxy A23 5G di Jepun adalah JPY 32,800 (~RM1,063) dengan tiga pilihan warna yang disediaka seperti hitam, merah dan putih.

komen


© Amanz / 2022 Kami