Honor 80 Pro Dan 80 Turut Diumumkan – Dijana Snapdragon 8+ Gen 1, Kamera Utama 160MP

Diterbitkan pada Nov 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran hari ini turut memperlihatkan pengenalan untuk Honor 80 dan Honor 80 Pro. Salah satu tumpuan utama yang diketangahkan pada kedua-dua peranti ini adalah kamera utama 160MP. Selain itu, kedua-duanya juga dilengkapi dengan cip keluaran Snapdragon bersama sokongan 5G terbina.

Kita mulakan dengan Honor 80 Pro. Ia menggunakan skrin melengkung sejenis OLED sebesar 6.78-inci 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 digunakan sebagai tunjang utama dengan padanan memori sehingga 12 RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Bateri sebesar 4,800mAh turut disertakan dengan sistem pengecasan berwayar 66W.

Seterusnya, konfigurasi kamera utama terdiri dengan 160MP (utama) + 50MP (sudut lebar & makro) + 2MP (kedalaman) tanpa sokongan OIS. Sementara itu, kamera hadapan pula 50MP (utama) yang kemudiaannya diikuti dengan 2MP (kedalaman). Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, NFC, sokongan bluetooth 5.2, NFC, pengimbas cap jari pada skrin dan menjalankan MagicOS 7.

Bergerak kepada Honor 80 pula, ia menggunakan skrin OLED sebesar 6.67-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 782G dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Bateri adalah sebesar 4,800mAh yang turut menyokong sistem pengecasan berwayar 66W.

Kamera utama pula terdiri dengan 160MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) tanpa sokongan OIS. Seterusnya, kamera swafoto pula sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, sokongan bluetooth 5.2, NFC, pengimbas cap jari pada skrin dan menjalankan MagicOS 7.

Untuk harga jualan, Honor 80 dijual di China bermula RMB2699 (~RM1724) (8GB/256GB), RMB2999 (~RM1916) (12GB/256GB) dan RMB3299 (~RM2108) (12GB/512GB). Sementara itu, Honor 80 Pro pula berharga bermula RMB3499 (~RM2236) (8GB/256GB), RMB3799 (~RM2236) (12GB/256GB) dan RMB4099 (~RM2619) (12GB/512GB). Tiada maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran Malaysia yang diketahui setakat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami