AI Meramal Siapa Yang Bakal Memenangi Piala Dunia FIFA 2022 Melalui Simulasi 100,000 Kali

Diterbitkan pada Nov 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap kali berlakunya Piala Dunia FIFA, kita sedia melihat pelbagai kaedah digunakan dalam melakukan ramalan – termasuk menggunakan sotong dan sebagainya. Terbaru, The Alan Turing Institute turut menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam melakukan ramalan berkaitan siapakah yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menang.

Melalui simulasi yang dilakukan sekitar lebih 100,000 kali, ia dilihat Brazil hadir sebagai pemenang hampir 25% kali, dan diikuti oleh Belgium, Argentina, Perancis dan juga England.

Apa pun, pengkajinya menyatakan data dan kajian ini dilakukan sekadar suka-suka, dan mungkin tidak begitu jitu. Sejumlah data digunakan dalam melatih kecerdasan buatan ini, termasuk penggunaan data perlawanan sejak 1872 yang sedia ditawarkan melalui GitHub, selain sejumlah eksperimen dan data perlawanan antarabangsa lain.

Apa pun, terdapat sejumlah data yang tidak diambil kira dalam kajian ini, termasuk data berkaitan pemain, penalti, lokasi, cuaca, dan sebagainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami