Intel On Demand Menyahkunci Fungsi Untuk CPU Kelas Pusat Data

Diterbitkan pada Nov 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pelancaran cip pemprosesan Intel Xeon Sapphire Rapids baru-baru ini, Intel juga telah memperkenalkan satu perkhidmatan baru yang dinamakan Intel On Demand dimana pelanggan boleh membeli cip pemprosesan Xeon pada harga yang lebih murah dengan fungsi-fungsi yang tidak digunakan dikunci sehingga dibayar untuknya.

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh banyak syarikat ialah mereka hanya mahu menggunakan sebahagian daripada ciri-ciri yang ditawarkan pada sebuah cip pemprosesan pusat data.

Dengan pengenalan Intel On Demand, mereka boleh membeli sebuah SKU cip pemprosesan yang sama dengan ciri-ciri yang tidak digunakan dikunci pada harga yang lebih murah dari membeli cip pemprosesan yang sama pada harga yang jauh lebih mahal, tetapi dengan fungsi-fungsi yang mungkin tidak akan dimanfaatkan.

Intel mengatakan bahawa ciri-ciri seperti Quick Assist, Dynamic Load Balancer, Data Streaming Accelerator, Software Guard Extensions dan In-Memory Analytics Accelerator akan termasuk dalam perkhidmatan Intel On Demand.

Sekiranya ada fungsi-fungsi tambahan yang mahu digunakan, syarikat-syarikat ini juga boleh membayar kepada Intel untuk menyahkuncinya mealui kemaskini perisian.

komen


© Amanz / 2022 Kami