Cari @ Amanz

Meta memperkenalkan pelbagai ciri keselamatan pada Facebook dan Instagram bagi mengelakkan berlakunya insiden antun seksual di kalangan pengguna remaja bawah umur mereka. Kini ciri keselamatan ini diperketatkan lagi bagi mengelakkan kejadian ini daripada berlaku.

Pertama sekali pengguna bawah 16 atau 18 tahun mengikut negara kan dihalang daripada dihubungi oleh orang dewasa secara lalai. Mereka turut tidak akan muncul dalam saranan People You May Know pengguna dewasa. Orang dewasa juga tidak boleh melihat nama pengguna bawah umur yang telah ditag pada gambar sekiranya mereka tidak mengenai antara satu lain di Facebook.

Ciri melaporkan mesej yang tidak senonoh atau tidak dikehendaki juga dikemaskini pada Messenger. Terdapat juga ciri menghalang pengguna yang tidak dikenali dengan lebih mudah. Menghalang siapa yang boleh meninggalkan komen, melihat senarai kawan dan menyaring post yang ditanda nama sebelum ia boleh dipaparkan di profil.

Akhir sekali terdapat ciri untuk melaporkan sekiranya gambar peribadi yang boleh dianggap lucah disebarkan pada platform oleh mangsa. Kerjasama dengan beberapa NGO juga dilakukan oleh Meta untuk menghasilkan bahan mengajar bagi pengguna bawah umur menyedari hak mereka sekiranya ini berlaku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd