Cari @ Amanz

Industri paparan komputer dilihat bakal berkembang lagi tahun hadapan dimana penawaran paparan skrin OLED bersaiz 30 inci kebawah akan meningkat. Panel OLED secara lazimnya dibangunkan khusus untuk panel-panel bersaiz besar sekitar 32 inci dan keatas.

MSI baru-baru ini telah mengacahkan penawaran paparan skrin QD-OLED pertama mereka yang diberikan nama Project 491C, iaitu sebuah paparan skrin OLED super ultra lebar yang bersaiz 49 inci. Buat masa ini, apa yang diketahui mengenai paparan skrin ini ialah ia mempunyai kadar segar semula 240Hz.

Butiran lain seperti resolusi dan sokongan palam tidak diketahui buat masa ini, tetapi dengan AMD mengatakan bahawa paparan-paparan skrin akan tampil dengan resolusi lebih tinggi dari 4K dengan sokongan DisplayPort 2.1 yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan sokongan resolusi sehingga 8K.

Buat masa ini, ia dijangka bahawa MSI akan memperkenalkan paparan skrin ini di acara CES 2023 pada awal tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd