Carian
Amazon Sedang Bangunkan Siri-TV Berkenaan Skandal Bursa Kriptowang, FTX
November 24, 2022 Aman

Amazon sedia mempunyai penawaran perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri, iaitu Prime Video. Dibawahnya, sejumlah filem, siri-tv dan dokumentari ditawarkan.

Terbaru, dalam terus menambah kandungan, Amazon dilaporkan bekerjasama dengan Russo Brothers dalam pembangunan siri TV baharu, mengambil kisah disebalik skandal bursa kriptowang FTX.

Seperti ramai sedia maklum, FTX merupakan salah satu bursa dagangan kriptowang popular, tetapi disebabkan oleh skandal dan masalah pengurusan kewangan, ia membawa kepada kejatuhan bursa dagangan tersebut. Berbilion ringgit terkesan disebabkan olehnya.

Amazon dilihat berminat dan ingin menjadi terawal mengisahkan cerita disebaliknya.

Sebelum ini, beberapa kisah telah dibangunkan berkaitan dengan kisah kejatuhan sejumlah syarikat teknologi, termasuk berkaitan Theranos, selain turut berkaitan WeWork.

Komen