Carian
Oppo Reno9 Dan Reno9 Pro Turut Diumumkan Dengan MariSilicon X Dan Skrin OLED 120Hz
November 24, 2022 Amy Maizuraa

Selain daripada Oppo Reno9 Pro+, siri ini turut menerima kehadiran dua lagi variasi lain yang merangkumi Reno9 dan Reno9 Pro. Kedua-duanya berkongsi sejumlah besar perkara yang sama, baik dari segi rekaan mahupun perkakasan dalam. Perbezaan ketara hanya boleh dilihat pada penggunaan cip pemprosesan, sistem kamera, kapasiti memori dan pilihan warna.

Di mana, Reno9 menggunakan cip Snapdragon 778G, kamera utama dengan tetapan 64MP + 2MP (potret), memori sehingga 12GB RAM dan tambahan warna merah dengan ikon arnab yang comel. Sementara itu, Reno9 Pro pula dilengkapi MediaTek Dimensity 8100-Max, kamera utama 50MP + 8MP (ultra-lebar) dengan MariSilicon X, memori sehingga 16GB RAM.

Lain-lain spesifikasi sama sahaja dengan skrin 6.7-inci OLED FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Tetapan kamera swafoto adalah 32MP yang diletakkan pada lubang skrin di bahagian tengah. Storan dalaman pula mencapai 512GB, di samping turut memuatkan bateri 4500mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 67W. Turut disertakan, sokongan WiFi 6, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari pada skrin, sokongan bluetooth 5.3, NFC dan menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13.

Untuk harga, Oppo Reno9 dijual di China bermula RMB2499 (~RM1572) (8GB/256GB), RMB2699 (~RM1697) (12GB/256GB) dan RMB2999 (~RM1886) (12GB/512GB). Sementara itu, Oppo Reno9 Pro+ pula bermula RMB3499 (~RM2200) (16GB/256GB) dan RMB3799 (~RM2389) (16GB/512GB). Tiada maklumat mengenai ketersediannya untuk pasaran Malaysia yang diketahui setakat ini.

Komen