Mercedes-Benz Menawarkan Peningkatan Pecutan Kelajuan Dalam Bentuk Langganan
November 24, 2022
Automotif
Aman
Nampaknya populariti bentuk langganan bukan sekadar terhad pada aplikasi dan pada telefon sahaja, dan kini mula diimplementasikan oleh para pengeluar kenderaan. Terbaru, Mercedes-Benz menawarkan peningkatan kelajuan dalam bentuk langganan.

Dinamakan “Acceleration Increase”, ia membolehkan pengguna membayar sebanyak $1200 setahun untuk menikmati kadar peningkatan pecutan sekitar 24% berbanding kebiasaan.
Penawaran ciri ini disediakan kepada pemilik kenderaan Mercedes-EQ EQE dan juga Mercedes-EQ EQS.
Dengan langkah ini, mungkinkah pengeluar kenderaan akan mengehadkan sejumlah lagi ciri disebalik langganan?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.