AirAsia Mengesahkan Sistem Mereka Menjadi Mangsa Serangan Siber
November 24, 2022
Sekuriti
Aman
Capital A Berhad melalui pengumuman di Bursa Malaysia, mengesahkan yang mana sistem mereka telah menjadi serangan siber baru-baru ini.
AirAsia menekankan yang mana ia tidak menjejaskan sistem kritikal mereka, dan syarikat telah mengambil semua langkah dalam mengatasi masalah tersebut.
Walaubagaimanapun, AirAsia tidak menyentuh mengenai laporan mengatakan sebanyak lima juta data pengguna terjejas dibawah serangan siber ini.
Sebelum ini, pada awal minggu ini ia telah dilaporkan AirAsia telah diserang dengan serangan ransomware, termasuk data lima juta pelanggan dan pekerja AirAsia terkesan dibawahnya.
[sumber]Laporan awal : Lowyat[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.