Apple Dilaporkan Berminat Membeli Pasukan Bola Sepak Manchester United

Diterbitkan pada Nov 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini dilaporkan telah menyatakan minat dalam mengambil alih salah satu pasukan bola sepak popular di dunia, iaitu pasukan Manchester United. Selain Apple, beberapa pihak lain turut dikatakan telah menyatakan hasrat untuk mendapatkannya.

Apple sedia mempunyai dana yang tinggi dalam simpanan untuk digunakan dalam pengambil-alihan pelbagai syarikat, apatah lagi syarikat tersebut dinilaikan melangkaui $2 trilion.

Seperti biasa, ia sekadar laporan asal, dan ramai yang skeptik kerana laporan asal ini berasal daripada sebuah tabloid dari UK.

Tetapi, idea mengambil-alih Manchester United ini sekiranya benar, maka mungkin boleh digunakan untuk tujuan pemasaran, selain terus menambah pelbagai jenama popular dibawah mereka, serta mempelbagaikan lagi pendapatan. Siaran perlawanan juga mungkin ditawarkan melalui Apple TV+.

Apa pun, seperti dinyatakan awal, ia masih sekadar spekulasi awal sahaja buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami