Jutaan Peranti Dengan GPU ARM Mali Terdedah Kepada Kerentanan Sekuriti Yang Serius

Diterbitkan pada Nov 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Muncul lagi isu serius pada peranti Android hari ini apabila Google Project Zero melaporkan mereka menemukan kerentanan sekuriti pada peranti yang menggunakan cip dengan GPU Mali. Kerentanan ditemukan beberapa bulan yang lalu dengan ia telah dimaklumkan kepada ARM tetapi sehingga kini ia masih belum ditampal.

Antara pengeluar yang terjejas oleh kerentanan ini ialah Samsung, Xiaomi dan Google sendiri dengan penggunaan GPU Mali pada cip Tensor serta Exynos. Antara yang boleh dilakukan penggodam menerusi kerentanan ini ialah mencuri data pengguna. Isu yang cukup sensitif di kalangan pengguna peranti pintar moden dengan ia menjadi komputer yang digunakan setiap hari bagi melakukan pelbagai urusan penting.

Pengguna peranti dengan cip Snapdragon pada waktu ini tidak perlu risau kerana kerentanan yang sama tidak ditemukan pada GPU Adreno yang digunakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami