Aksesori audio Oppo turut dikemaskini dengan penawaran baharu menerusi Enco R Pro. Ia hadir dengan rekaan fon telinga nirwayar jenis dalam telinga bersama putik silikon. Di samping, turut sama dipadankan dengan pod pengecas berbentuk bujur serba putih.
Seterusnya ia menggunakan pemandu audio sebesar 12.4mm dengan diafragma bersalut titanium, di samping turut menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) terbina. Ia juga menyokong kawalan sesentuh yang boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pengguna sendiri. Tambatan pantas pula menerusi Bluetooth 5.2 bagi sambungan ke peranti dengan coded AAC, selain terdapat juga sokongn mod latensi rendah untuk pengalaman permainan lebih baik.
Turut disertakan adalah penarafan IP54 untuk pelindungan tambahan. Kemudian bateri yang disertakan mampu menjanjikan ketahanan maksimum mencapai 28 jam dengan bantuan pod pengecas dan ANC dimatikan. Oppo Enco R Pro dijual di China pada RMB499 (~RM310) seunit