Vivo Y22s Kini Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM999

Diterbitkan pada Nov 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo Y22s kini ditawarkan buat pengguna di Malaysia dengan harga jualan RM999. Ia boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti Summer Cyan dan Starlit Blue, seterusnya ketersediaan adalah menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia bermula sekarang.

Vivo Y22s merupakan peranti berspesifikasi kelas pertengahan. Ia dilengkapi skrin IPS LCD HD+ sebesar 6.55-inci. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang turut menyokong sistem pengecasan berwayar 18W. Kamera utama pula 50MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 2MP.

komen


© Amanz / 2022 Kami