Lebih Ramai Lagi Pekerja Twitter Diberhentikan Kerja

Diterbitkan pada Nov 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak Elon Musk mengambil-alih Twitter, manusia terkaya di dunia tersebut telah memecat lebih dari dua pertiga daripada jumlah pekerja syarikat tersebut atas alasan untuk mengurangkan kos operasi. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa semua pekerja di pejabat Twitter di Brussels, Belgium juga telah diberhentikan kerja mereka.

Skop kerja pasukan Twitter di Belgium secara rata-ratanya ialah untuk bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk memastikan bahawa platform tersebut boleh menangkisi isu seperti berita palsu dan penipuan yang berlaku di platform tersebut. Dengan pemecatan terbaru ini, ia dilihat bahawa pemantauan kandungan di rantau EU akan menjadi semakin teruk, seperti apa yang berlaku pada rantau Asia Pasifik.

Dalam pada itu, ia juga dikatakan bahawa sehingga 50 jurutera dan pengaturcara Twitter di Amerika Syarikat juga telah dipecat serta-merta dimana mereka telah menerima emel yang mengatakan bahawa kerja mereka tidak mengikut piawaian CEO baru syarikat tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami