Tecno Pova 4 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM699

Diterbitkan pada Nov 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tecno Pova 4 akhirnya ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dengan janaan cip MediaTek Helio G99, sekaligus menjadikannya terhad pada sokongan 4G sahaja. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM699 dengan dua pilihan warna seperti hitam dan biru.

Untuk spesifikasi, Tecno Pova 4 menggunakan skrin AMOLED 6.82-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB, sementara itu kapasiti bateri pula 6,000Mah dengan sistem pengecasan 18W. Turut disertakan adalalah kamera utama 50MP dan kamera swafoto 2MP.

komen


© Amanz / 2022 Kami