Cari @ Amanz

Pengeluaran iPhone sebelum musim perayaan Krismas tahun semakin terjejas berikutan kejadian rusuhan yang berlaku di kilang Foxconn yang terletak di Zhengzhou. Pekerja kilang dilaporkan merusuh kerana tidak berpuas hati dengan polisi sifar Covid yang menyebabkan mereka terperangkap di kampus serta bayaran bonus yang didakwa akan ditangguh.

Pihak Foxconn menafikan bahawa bayaran bonus ditangguh tetapi berkata mereka kini menghubungi pekerja bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang. Di media sosial China, video pekerja bertarung dengan pihak berkuasa yang memakai sut PPE bagi mengelakkan penyebaran Covid-19 di China.

Sedang negara lain semakin terbuka dan kelonggaran mula diberikan kepada orang ramai untuk bergerak, China masih bertegas mengenakan langkah sifar Covid yang menyebabkan keseluruhan bangunan diasingkan sekiranya wujud satu kes positif. Beberapa bandar kembali ditutup bagi menghalang penularan.

Di kilang Foxconn sebelum ini, ratusan pekerja melarikan diri apabila kedengaran ura-ura mereka akan dikurung akibat kes positif yang kecil. Ini sudahkan menyebabkan pengeluaran iPhone 14 semakin terjejas yang akan menjadi semakin buruk jika insiden rusuhan tidak dibendung dengan segera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd