Selangor Akan Tambah 2,100 Titik Akses Untuk WiFi Desa Pada 2023

Diterbitkan pada Nov 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan Selangor hari ini telah membentangkan Belanjawan Negeri Selangor untuk 2023, sekaligus memperlihatkan sejumlah inisiatif yang akan dilaksanakan pada 2023 kelak.

Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah untuk terus merapatkan jurang digital, dan akan melaksanakan inisiatif WiFi Desa.

Melaluinya, sebanyak 2,100 titik akses untuk WiFI Desa akan ditambah, memberikan akses internet percuma kepada penduduk.

Penawaran perkhidmatan ini dijangka dilaksanakan melalui sejumlah tempat pengumpulan rakyat, termasuk seperti Balai Raya dan juga Masjid.

komen


© Amanz / 2022 Kami