Vaksin Influenza Yang Berkesan Ke Atas Semua Strain Yang Dikenalpasti Berjaya Dihasilkan

Diterbitkan pada Nov 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Saban tahun vaksin influenza digalakkan diambil bagi mengelakkan penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Saban tahun juga pengamal perubatan akan melakukan ramalan strain apakah di antara 20 yang dikenali setakat ini akan menjadi strain dominan yang perlu ditentang. Oleh itu pemberian vaksin yang tepat setiap tahun adalah mencabar.

Selesema Flu

Saintis dari University of Pennsylvania telah berjaya membangunkan calon vaksin sarwajagat yang berkesan ke atas kesemua 20 strain influenza A dan influenza B. Respons antibodi dikesan pada tubuh tikus dan ferret dalam ujian yang dilakukan di makmal. Vaksin influenza sarwajagat ini dibangunkan menerusi teknologi mRNA yang kini dikenali ramai selepas ia digunakan untuk membangunkan vaksin Covid-19.

Antibodi masih dikesan pada tubuh haiwan makmal empat bulan selepas suntikan diterima memberikan harapan ia boleh berkesan sepanjang musim influenza yang biasanya berlaku pada musim sejuk. Pada waktu ini ujian diteruskan kerana kejayaan pada haiwan tidak semestinya bermakna ia turut berkesan apabila diberikan kepada manusia.

komen


© Amanz / 2022 Kami