Cari @ Amanz

Kerajaan Selangor hari ini telah membentangkan Belanjawan Selangor 2023, sekaligus memperlihatkan salah satu inisiatif bakal dilaksanakan, dinamakan ID Digital.

ID Digital Selangor ini akan digunakan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan awam kerajaan negeri Selangor menerusi satu ID digital sahaja, tanpa perlu mendaftar untuk ID digital berbeza bagi perkhidmatan-perkhidmatan dibawah kerajaan negeri.

Identiti digital ini dijangka akan menjadi pengupayaan pertama dalam memastikan Selangor terus maju dalam pelbagai implementasi perkhidmatan dan beroperasi dengan cekap, menjelang 2025 kelak.

Pelaksanakan sistem identiti digital ini dijangka akan dimulakan pada 2023 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd