Carian
Elon Musk Mungkin Bangunkan Telefon Sendiri Sekiranya Twitter Dibuang Di Android Dan iOS
November 26, 2022 Aman

Elon Musk kini menyatakan pandangan, dimana sekiranya pada suatu masa Apple dan Google membuang aplikasi Twitter daripada kedai aplikasi mereka, Elon Musk mengatakan beliau akan membangunkan aplikasi alternatif tersendiri.

Kebiasaannya, terdapat sejumlah sebab kenapa Apple dan Google membuang aplikasi, termasuk disebabkan pelanggaran terma, atau tidak melalui sistem pembayaran yang disediakan platform tersebut.

Dengan Elon Musk memfokuskan penjanaan pendapatan melalui langganan dan sebagainya, terdapat spekulasi mengatakan mungkin suatu hari membawa kepada pertikaian antara Elon Musk bersama penyedia kedai aplikasi ini.

Elon Musk melalui pertanyaan orang ramai, menyatakan mungkin menghasilkan telefon alternatif tersendiri sekiranya perlu pada suatu masa kelak.

Komen