Papan Kekunci MelGeek Boleh Dihias Dengan Bongkah Lego

Diterbitkan pada Nov 26, 2022. oleh .

Di Amanz kami menyedari ramai penulis yang kini berpindah ke papan kekunci mekanikal kelas mercu yang harga jualannya mencecah ribuan ringgit. Nikmat menaip menggunakan papan kekunci custom ini dikatakan lebih baik berbanding papan kekunci membran biasa. Bagi peminat Lego yang juga meminati dunia papan kekunci premium, MelGeek telah melancarkan produk yang mungkin sudah laman didambakan.

Papan kekunci MelGeek Pixel boleh dihias menggunakan bongkah Lego di bahagian atas dan juga bawah. Secara teorinya peminat boleh mereka sendiri corak dan hiasan papan kekunci Pixel mengikut kehendak serta bakal Lego peribadi. Pixel mempunyai 88 kekunci sepenuhnya dari jenis tenkeyless.

Terdapat tiga rekaan kekunci yang boleh diubah menerusi sambungan seakan bongkah Lego juga. Selain itu suis juga boleh digantikan seperti papan kekunci custom yang lain. Sambungan kepada peranti boleh dilakukan menerusi USB-C atau bluetooth. Pixel boleh mengingati sehingga lapan peranti secara bluetooth. Pada waktu ini Pixel mengumpul dana menerusi laman biayasama dengan ia boleh disokong pada harga $189 (~RM850) sebuah.

komen


© Amanz / 2023 Kami