Cari @ Amanz

Minggu lalu secara mengejut CEO Disney Bob Chapek digantikan semula oleh Bob Iger. Pengumuman yang dilakukan Disney ini mengejutkan kerana Iger memilih Chapek untuk menggantikan beliau apabila bersara pada tahun 2020. Kita muncul laporkan Chapek telah digantikan kerana menyorokkan kerugian Disney+.

Antara yang dilakukan beliau ialah memindahkan perbelanjaan promosi dan penerbitan beberapa siri Disney+ ke saluran TV Disney Channel. Ini menunjukkan perbelanjaan yang lebih kecil pada Disney+ dan mengurangkan kerugian yang ditanggung platform penstriman ini. Sejak dilancarkan sebanyak $80 bilion telah dibelanjakan oleh Disney+ bagi memberikan persaingan kepada Netflix.

Sejak dilancarkan pada tahun 2019, Disney+ mencatatkan kerugian $8.5 bilion dengan kerugian semakin meningkat sejak empat suku yang lalu kerana kos menghasilkan kandungan asli yang meningkat ke $30 bilion tahun ini.

Kerugian yang semakin tinggi ini menimbulkan keraguan di kalangan pelabur yang pernah dijanjikan bahawa Disney+ akan mula mencatatkan keuntungan menjelang 2024. Ini adalah sebab mengapa Iger kembali mengemudi syarikat bagi mengelakkan kerugian berterusan. Selepas mengambil alih, Iger berkata penstrukturan semula Disney akan dilakukan termasuk mengurangkan harga tiket ke taman tema.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd