Cari @ Amanz

Kesatuan Eropah (EU) kini mengatakan mereka akan memperluaskan penggunaan perkhidmatan 5G, termasuk ketika dalam penerbangan.

Melalui langkah ini, ia akan membolehkan orang ramai menikmati perkhidmatan 5G – termasuk panggilan, permesejan dan juga perkhidmatan data ketika sedang dalam penerbangan, sama seperti mereka menikmatinya ketika berada di darat.

Untuk tujuan berkenaan, Kesatuan Eropah dijangka menyediakan sebuah frekuensi khusus untuk tujuan berkenaan. Perkhidmatan telekomunikasi ini juga dijangka dilengkapkan dengan peranti dinamakan “pico-cell” yang menghubungkan rangkaian melalui satelit.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya dalam perkembangan integrasi 5G dalam penerbangan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd