Carian
Elon Musk : Pendaftaran Pengguna Twitter Baharu Meningkat, Kini Lebih 250 Juta Pengguna Aktif Harian
November 27, 2022 Aman

Elon Musk kini berkongsi beberapa perkembangan baharu pada platform Twitter melalui mesyuarat terkini yang diadakan oleh syarikat media sosial tersebut.

Melaluinya, ia diperlihatkan kini angka pendaftaran baharu untuk Twitter meningkat secara mendadak sejak pengambil-alihan oleh Elon Musk. Malah, kadar aktif seseorang pengguna pada platform tersebut juga meningkat – membawa kepada sejumlah 8 bilion minit aktif setiap hari oleh pengguna platform tersebut.

Dengan perkembangan sihat ini, ia sekaligus membawa kepada peningkatan angka pengguna aktif harian pada platform tersebut, dimana kini telah melangkaui angka 250 juta orang pengguna.

Walaupun memperlihatkan perkembangan sihat, Elon Musk masih mempunyai sejumlah cabaran pada perkembangan platform tersebut – termasuk dalam mendapatkan bakat menyertai pembangunannya, disamping meningkatkan pendapatan melalui pengiklanan.

Komen