Carian
China Sedang Bangunkan Sistem Nuklear Baharu Untuk Menjana Tenaga Di Bulan
November 27, 2022 Aman

China sedia mengumumkan sasaran untuk membentuk penempatan di Bulan dalam usaha memudahkan proses eksplorasi angkasa. Dalam membangunkan penempatan, salah satu perkara yang diperlukan adalah kebolehan untuk mempunyai tenaga untuk beroperasi di satelit semulajadi Bumi tersebut.

Untuk tujuan tersebut, kini China sedang membangunkan sebuah sistem nuklear baharu yang akan digunakan di Bulan. Tenaga yang dijana akan digunakan dalam memudahkan operasi peralatan di Bulan, termasuk untuk menjana oksigen, air dan sebagainya. Tenaga ini juga penting untuk tujuan komunikasi dan pemindahan data.

Buat masa ini, tiada sebarang perkongsian teknikal diberikan berkenaan reaktor nuklear yang sedang dibangunkan itu.

China sebelum menyasarkan stesen Bulan mereka siap untuk operasi menjelang 2028 kelak.

Komen