Huawei Watch Buds Tertiris – Jam Tangan Dengan Fon Telinga Terbina

Diterbitkan pada Nov 28, 2022. oleh .

Dengan fon telinga nirwayar TWS semakin popular penggunaannya selepas bicu audio mula dipupuskan pada peranti, ramai pengeluar mula menawarkan produk mereka yang tersendiri. Sebagai pengguna TWS, yang kami sedari ialah kerap kali tertinggal fon telinga di rumah dan ada yang hilang kerana tertanggal semasa di pakai.

Minggu ini rekaan Huawei Buds Watch telah tertiris menerusi sebuah video di SparrowNews. Berdasarkan nama anda pasti boleh mengagak ia adalah sebuah jam tangan pintar dengan fon telinga terbina. Bahagian muka jam boleh dibuka ke atas mendedahkan ruang simpanan sepasang fon telinga nirwayar bersaiz kecil.

Sungguhpun begitu saiz tubuh jam tangan tidak terlalu tebal dan masih mirip rekan Huawei Watch yang pernah dilancarkan sebelum ini. Masih tiada maklumat bilakan Huawei Watch Buds ini akan dilancarkan kepada umum.

komen


© Amanz / 2023 Kami