Cari @ Amanz

TheNoor merupakan salah satu aplikasi gaya hidup muslim popular, yang diterajui oleh pelakon Noor Neelofa. Terbaru, pembangunnya telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi TheNoor, melalui versi ketiga yang membawakan sejumlah perkara baharu melaluinya.

TheNoor kini hadir dengan paparan pemuka yang dikemaskini, disamping memaparkan prestasi bacaan Quran oleh anda. Disamping itu, salah satu yang mencuri perhatian adalah sokongan integrasi kecerdasan buatan untuk semakan hafazan bacaan al-Quran, dinamakan sebagai Hifz SmartChecker.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat beta lagi. Melaluinya, ia mengenal-pasti bacaan ayat Quran oleh anda, termasuk mengenal-pasti ayat pada sesuatu surah yang dibaca. Seterusnya, ia juga mengenal-pasti kesilapan sebutan bacaan – termasuk menyemak sekiranya terdapat sebarang ayat tambahan atau terkurang baca.

Menurut pihak TheNoor, ini merupakan versi beta lagi, dan pada versi seterusnya, mereka menyasarkan untuk integrasi semakan tajwid pada ciri ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun TheNoor hari ini pada Android dan iPhone, sekaligus menguji ciri baharu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd