Carian
Panel OLED Samsung Digunakan Pada 70% iPhone 14 Yang Dikeluarkan
November 28, 2022 Effi Saharudin

Samsung dan Apple adalah dua seteru dalam dunia telefon pintar. Sebagai dua pengeluar paling besar, saban tahun produk yang dikeluarkan bersaing dengan saling mengadakan merekalah yang terbaik. Tetapi ramai mungkin tidak menyedari Apple menggunakan panel OLED keluaran Samsung pada iPhone mereka.

Menurut laporan The Elec hari ini, Samsung membekalkan 70% panel OLED yang digunakan pada siri iPhone 14 yang telah dikeluarkan setakat ini. Sebanyak 80 juta panel dari Samsung, 20 juta panel dari LG dan 6 juta panel dari BOE digunakan setakat ini. Panel BOE hanya digunakan pada model iPhone 14 dengan skrin sebesar 6.1″.

Dalam laporan yang sama 60 juta panel Samsung digunakan pada model Pro dengan selebihnya dari LG. Pada asalnya Apple ingin menggunakan lebih banyak panel dari LG tetapi selepas pelbagai masalah muncul ketika pengeluaran, pesanan dari Samsung ditambah.

Walaupun Apple ialah pesaing kepada Samsung, kejayaan mereka menjual iPhone masih mendatangkan keuntungan kepada Samsung.

Komen