NASA Berkongsi Rakaman Gambar Terbaru Planet Pluto

Diterbitkan pada Nov 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NASA sering berkongsi gambar pelbagai rakaman objek di angkasa, dan paling terbaru, NASA berkongsi gambar planet yang sering dipersoalkan, iaitu Pluto.

Melalui rakaman gambar terbaru menggunakan prob New Horizons pada jarak sekitar 35,445 kilometer, ia memperlihatkan rakaman gambar planet Pluto, termasuk warna planet tersebut.

Planet Pluto ini berada pada jarak yang sangat jauh daripada Matahari, membuatkan suhu persekitaran planet tersebut pada kadar purata adalah sekitar -232°C. Saiz Pluto juga adalah sangat kecil, iaitu mempunyai lebar sekitar 2250km – sekitar separuh lebar negara Amerika Syarikat.

komen


© Amanz / 2023 Kami