Yahoo Mendapatkan Pegangan 25% Pada Taboola

Diterbitkan pada Nov 28, 2022. oleh .

Yahoo kini mengumumkan mereka akan mengambil pegangan sebanyak 25% pada firma pengiklanan popular, Taboola. Walaupun Yahoo mendapatkan pegangan minoriti, namun, ia menjadikan Yahoo sebagai pemegang saham terbesar dari segi angka pegangan saham pada firma Taboola.

Dengan langkah ini juga, Taboola akan menguasakan kandungan dan pengiklanan pada pelbagai laman Yahoo untuk tempoh 30 tahun akan datang.

Bagi yang tidak mengenali akan Tabool,a ia kebiasaannya memaparkan pengiklanan pada bahagian bawah artikel dalam bentuk seumpama kandungan yang diintegrasikan pada sesuatu laman berkenaan.

Hasil kerjasama ini, kedua-dua firma menyasarkan untuk menjana sekitar $1 bilion menjelang 2025 kelak.

Sama-sama kita lihat sama ada kerjasama ini akan mengukuhkan kedudukan Yahoo dalam arena kandungan dan pengiklanan atau sebaliknya.

komen


© Amanz / 2023 Kami