Carian
WhatsApp Perkenal Ciri Mesej Diri Sendiri Kepada Semua Pengguna Seluruh Dunia
November 28, 2022 Aman

WhatsApp sebelum ini sedia menguji ciri menghantar mesej kepada diri sendiri dalam peringkat Beta, dan hari ini, penyedia perkhidmatan permesejan tersebut telah mula memperkenalkan ciri ini secara rasminya kepada semua pengguna seluruh dunia.

Melalui ciri yang dinamakan “Message Yourself” ini, ia membolehkan seseorang menghantar dokumen, nota, teks, peringatan dan sebagainya kepada diri sendiri – tanpa perlu untuk menyimpan nombor pada buku alamat.

Dengan pengenalan ini, apabila anda ingin memulakan sebarang sembang baharu, nama sendiri turut akan dipaparkan pada bahagian paling atas sekali.

Selain itu, anda juga boleh pin akan profil anda ke bahagian paling atas tetingkap permesejan untuk akses lebih pantas.

Ciri baharu ini telah mula diperkenalkan kepada semua pengguna WhatsApp di Android dan iPhone bermula hari ini.

Komen