Cari @ Amanz

Wakil Samsung, melalui sebuah temuramah bersama media di Korea Selatan, kini mengatakan Samsung bakal memperkenalkan siri Galaxy S23 mereka pada awal Februari 2023. Acara pengenalan dijangka diadakan di Amerika Syarikat.

Laporan terbaru ini selari dengan beberapa laporan sebelum ini menyatakan perkara sama. Ini juga dilihat selari dengan pengenalan siri Galaxy S22 sebelum ini pada awal Februari.

Samsung Galaxy S23 akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang terbaru, tetapi yang telah dioptimasikan khusus untuk Samsung. Telefon mercu Samsung ini juga dikatakan akan hadir dengan kamera 200MP bersama-sama dengannya.

Dengan pelbagai cabaran dalam industri pengeluaran, termasuk keadaan kewangan dunia yang membuatkan pengguna berbelanja dengan lebih berhati-hati, semestinya Samsung perlu hadir dengan sesuatu yang “wow” untuk menarik perhatian dunia ke peranti mercu terbaru mereka kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd