Carian
Apple Mula Menguji Ciri Rapid Security Response Yang Memberikan Kemaskini Pantas
November 29, 2022 Effi Saharudin

Rapid Security Response (RSR) ialah ciri yang diperkenalkan menerusi iOS 16 tahun ini. Menerusi RSR tampalan sekuriti dan pepijat boleh diberikan dengan lebih pantas kerana ianya bersaiz kecil. Pada waktu yang sama tiada lagu perubahan versi iOS diperlukan setiap kali kemas kini diberikan.

Ciri RSR ini mula diterima oleh pengguna iOS 16 Beta minggu lalu dengan ia diberikan sebanyak dua kali untuk menampal beberapa pepijat yang dilaporkan pengguna. Apabila diberikan kepada umum kelak, RSR akan diberikan dengan lebih kerap tanpa versi iOS yang digunakan diubah. Selain di iOS, RSR turut akan disokong pada iPadOS dan macOS di masa hadapan.

Cir ini sama seperti ciri Project Mainline yang ingin dipopularkan pada kesemua peranti Android sejak empat tahun yang lalu tetapi belum disokong kesemua pengeluar. Menerusinya di masa hadapan tampalan sekuriti dan pepijat boleh diterima menerusi Play Store tanpa peranti perlu dibut semula seperti sekarang.

Komen