Tecno Bakal Mengumumkan Telefon Pintar Dan Komputer Riba Baharu Pada 7 Disember

Diterbitkan pada Nov 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mungkin namanya tidak segah beberapa pengeluar utama lain namun siapa dapat menyangkal kehadiran produk daripada Tecno sebenarnya menyediakan pilihan yang lebih pelbagai buat pengguna. Misalnya di Malaysia, beberapa produk yang ditawarkan adalah seperti Tecno Phantom X, Tecno Pova 3, Tecno Pova Neo, Tecno Spark 8C, Tecno Spark 7T, Tecno Spark 8P dan paling terkini Tecno Pova 4.

Berkongsi dengan lebih lanjut, beberapa produk baharu Tecno bakal diumumkan di Dubai dalam masa terdekat. Ini termasuklah telefon pintar baharu Tecno Phantom X2 Pro yang merupakan model kesinambungan untuk Phantom X sebelum ini. Selain daripada itu, terdapat juga komputer riba baharu yang dikebali sebagai Megabook S. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh pihak Tecno menerusi kemaskini baharu di Twitter rasminya, semalam.

Gambar Sekadar Hiasan – Tecno Phantom X

Maklumat yang dikongsi setakat ini agak terhad, di mana peranti akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9000 sekaligus menjadikannya dilengkapi sokongan 5G terbina. Ini adalah peningkatan berbanding generasi sebelum ini yang sekadar menyokong 4G menerusi cip Mediatek Helio G95.

Pada masa sama, besar kemungkinan ia juga ditawarkan dalam dua variasi berbeza ekoran tularnya imej pengolokan yang memperlihatkkan rekaan untuk Phantom X2 sebelum ini. Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai komputer riba Megabook S yang diketahui setakat artikel ditulis.

komen


© Amanz / 2023 Kami