Carian
Instafest Membolehkan Anda Membuat Senarai Pesta Muzik Berdasarkan Akaun Spotify Anda
November 29, 2022 Nazrin

Pada penghujung tahun, Spotify secara lazimnya akan memperkenalkan senarai Wrapped sebagai rumusan kepada pengalaman mendengar lagu dan podsiar di platform tersebut.

Terkini, laman web Instafest telah dibangunkan yang membolehkan anda menggunakan akaun Spotify ataupun Last.FM untuk membangunkan senarai artis yang akan menghadiri festival muzik berdasarkan artis-artis yang anda sering dengari.

Jika anda seorang yang mendengar lagu-lagu melalui platform-platform ini setiap hari, anda akan diberikan senarai pesta muzik yang penuh sarat dengan artis-artis kegemaran anda selama “tiga hari”. Jika tidak, senarai artis anda akan hanya memenuhi pesta selama satu ataupun dua hari.

Data yang diambil untuk mengolah senarai ini juga boleh diubahsuai untuk mengambil data pendengaran lagu empat minggu, enam bulan dan juga dari anda mula menggunakan perkhidmatan Spotify.

Imej yang dipamerkan kemudiannya boleh dikongsi di pelbagai laman media sosial untuk tatapan umum ataupun rakan-rakan anda.

Jika anda mempunyai akaun Spotify ataupun Last.FM, anda boleh ke laman web Instafest untuk membangunkan senarai artis pesta muzik anda sendiri.

Komen