Cari @ Amanz

Epson akan menghentikan pengeluaran mesin pencetak laser menjelang 2026 untuk menjadikan produk mereka lebih mesra alam. Tumpuan akan diberikan kepada penghasilan mesin pencetak inkjet selepas ini. Sebagai langkah awal, penjualan mesin pencetak laser telahpun dihentikan di beberapa pasaran.

Pencetak laser memanaskan dakwat di dalam toner sebelum cetakan dilakukan. Oleh sebab itu ia menggunakan 85% lebih banyak tenaga dan mengeluarkan 85% lebih banyak karbon dioksida berbanding pencetak inkjet. Untuk tempoh terdekat Epson akan terus menyokong pelanggan yang menggunakan mesin pencetak laser mereka. Tetapi ini akan dihentikan secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd