Carian
YouTube Music 2022 Recap Diperkenalkan Dengan Integrasi Google Photos
November 30, 2022 Fahim Zahar

Setiap Disember, platform penstriman audio seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music akan hadir dengan ciri merumuskan kesemua muzik atau podsiar yang distrim sepanjang tahun. Spotify dengan Wrapped, Apple Music dengan Replay dan YouTube Music dengan Recap.

Terkini, rumusan YouTube Music untuk tahun 2022 telah dilancarkan awal melalui 2022 Recap. YouTube akan merumuskan segala artis, lagu, video muzik, senarai main teratas dan banyak lagi. Statistik yang akan dipaparkan adalah lebih menarik dan menawarkan pengalaman yang lebih imersif termasuk dengan Stories yang boleh dikongsi. Berikut adalah apa yang YouTube Music tawarkan pada 2022 Recap;

  • Top Trends: Memaparkan artis yang anda temui sebelum pengguna lain.
  • Identity: “Personaliti Muzik” yang diperibadikan mengikut corak penggunaan dan tabiat mendengar.
  • Hard-to-Find Content: Memaparkan kandungan yang sukar ditemui, lebih-lebih lagi tiada di platform penstriman lain dan ekslusif di YouTube Music.

Menjadikan perkongsian YouTube Music 2022 Recap adalah ciri integrasi Google Photos. Setiap cards Stories membolehkan pengguna menambah imej melalui Google Photos sendiri untuk dikongsi kepada pelbagai platform media sosial.

Bagi yang berminat, 2022 Recap boleh diakses melalui aplikasi YouTube Music pada iOS atau Android. Dalam cubaan saya sebentar tadi, ciri Google Photos dan pilihan cards yang banyak masih belum ditawarkan. Tetapi anda boleh cuba dengan klik pautan di bawah;

Komen