Cari @ Amanz

Bagi yang tidak tahu, Xiaomi turut popular dengan produk sambungan Internet seperti penghala. Di rumah keluarga, saya menggunakan penghala Redmi yang membenarkan sambungan Maxis Broadband saya menggunakan sambungan WiFi 5. Tetapi Xiaomi turut menawarkan sokongan WiFi 6 ke atas melalui penghala mercu mereka.

1 Disember nanti, Xiaomi Router 10000 atau Xiaomi Router 10G akan dilancarkan. Ia adalah penghala 10 Gigabit pertama mereka dengan sokongan WiFi 7. Ia juga hadir dengan rekaan poligon yang mempunyai lima antena, memaparkan logo Xiaomi Router 10000 di hadapan, menjanjikan sambungan Internet yang lebih pantas, stabil dan lebih banyak saluran.

Ia juga menggunakan modulasi QAM yang lebih efisien dan membolehkan penggunaan multi-sambungan atau sambungan adaptif. Model penghala mercu mereka sebelum ini adalah Xiaomi AX9000 dan ia menggunakan Qualcomm IPQ8072A, memori 1GB of memory dan sambungan mencapai 3.5Gbps. Untuk Xiaomi Router 10G ia dijangka menggunakan cip lebih berkuasa, memori lebih pantas dan sambungan lebih laju. 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd