Carian
MIUI 14 Menjanjikan Penggunaan Lebih Pantas, Akan Dilancarkan 1 Disember Ini
November 30, 2022 Fahim Zahar

Xiaomi nampaknya sudah memulakan ujian Android 13 mereka untuk peranti terpilih khusus di China. MIUI 14 adalah sistem operasi Android 13 mereka dan ujian beta dilakukan bermula 28 November dan akan tamat pada 28 Disember, sementara pelancaran akan dilakukan pada 1 Disember ini, 7 malam.

Di Weibo, Xiaomi turut berkongsi butiran mengenai MIUI 14. Xiaomi mendakwa ia adalah MIUI paling ringan dan paling asas pernah ditawarkan dengan fokus kepada saiz kemaskini yang kecil, pengurusan memori yang lebih baik dan aplikasi sistem yang tidak boleh dibuang yang paling sikit.

Melalui Project Razor, MIUI 14 akan menggunakan memori dengan lebih baik dan melalui proses pengurusan memori satu per satu mengikut aplikasi yang berjalan serta memanfaatkan keseluruhan memori dengan sebaik mungkin. Dengan mengurangkan aplikasi sistem yang tidak boleh dibuang, penggunaan memori yang lebih baik, saiz kemaskini dijanjikan adalah 23% lebih kecil.

Xiaomi menjanjikan penggunaan yang lebih ringan dan prestasi yang lebih baik dengan MIUI 14. Dengan Xiaomi 13 yang akan dilancarkan pada 1 Disember bersama dengan MIUI 14, sistem operasi ini akan memanfaatkan cip Snapdragon 8 Gen 2, memanfaatkan penggunaan memori LPDDR5X, storan UFS 4.0, serta akan menawarkan mod Genshin Hardcore khusus untuk bermain Genshin Impact pada tetapan grafik maksima.

Komen